Kukuhkan advokasi dan perkhidmatan sokongan serta jagaan anda & dekati lebih ramai golongan muda

BE dan PLUS ialah aplikasi web atau web-app dan safer space (ruang yang lebih selamat) online bagi individu lesbian, gay, biseksual, trans serta interseks (LGBTI) di Asia.

Aplikasi web kami terdapat dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua BE dan PLUS boleh dilayari melalui pelbagai alat komunikasi.

Jom bekerjasama dengan kami untuk mencapai matlamat organisasi anda dan meningkatkan kesejahteraan hidup golongan muda di Asia, termasuklah individu LGBTI muda serta lelaki gay (dan lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain) yang hidup dengan HIV.

Halaman ini mengandungi:

Web-app pelbagai bahasa kami seperti mempunyai pusat komuniti di tapak tangan anda
— Laurindo Garcia, Pengasas B-Change
 

BE dan PLUS boleh diakses dalam Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai dan Bahasa Inggerismelalui pelbagai alat komunikasi.


Memperkenalkan aplikasi web kami

BE ialah aplikasi web sokong bantu untuk golongan muda di Asia daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti gender, termasuklah golongan muda LGBTI (lesbian, gay, biseksual, trans serta interseks).

BE menyediakan ruang yang lebih selamat untuk golongan muda untuk bertanya soalan tentang seksualiti dan gender, akses informasi, bertemu dengan orang lain dalam komuniti, serta mendapatkan bantuan sekiranya perlu. 

Ketahui lebih lanjut tentang BE

 

PLUS ialah aplikasi web sokong bantu untuk lelaki gay dan biseksual yang hidup dengan HIV di Asia.

PLUS menyediakan ruang yang lebih selamat untuk bertanya soalan tentang menjalani kehidupan dengan HIV, akses informasi, bertemu dengan orang lain dalam komuniti, serta mendapatkan bantuan sekiranya perlu. 

Ketahui lebih lanjut tentang PLUS


Pelajari ciri-ciri dalam aplikasi web BE dan PLUS

Aplikasi web sokong bantu kami mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh membantu organisasi anda. Lawati aplikasi web kami sekarang!


Bagaimanakah aplikasi web kami boleh membantu organisasi anda?

  • Kenali dan temui lebih ramai pengguna
    Kenali pengguna dan kumpulan-kumpulan baharu di bandar anda dalam pelbagai bahasa. Perkenalkan kerja dan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada mereka.

BE dan PLUS mendekati golongan muda daripada pelbagai orientasi seksual, identiti dan ekspresi gender, termasuklah lesbian, gay, biseksual, trans serta interseks yang muda dan sekutu atau rakan-rakan mereka. Kami juga mendekati lelaki gay dan lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain (MSM) yang hidup dengan HIV.

Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Singapura dan Manila merupakan bandar liputan utama kami. BE dan PLUS terdapat dalam pelbagai bahasa di Asia termasuklah Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai dan Bahasa Inggeris.

  • Dapatkan maklumat yang boleh membantu anda meningkatkan kualiti kerja anda
    B-Change Group akan berkongsi laporan secara berkala tentang trend berkenaan golongan LGBTI muda (termasuklah lelaki gay dan MSM lain yang hidup dengan HIV) daripada data yang dikumpulkan melalui aplikasi web kami. Hal ini termasuklah maklumat tentang keperluan dan tingkah laku media sosial golongan muda di Asia. Kajian kami dijalankan berpandukan piawaian etika dan kesemua data yang dikongsi untuk analisa tidak bernama atau tidak mempunyai identiti yang boleh dijejaki (anonymous).

  • Dapatkan notifikasi apabila pengguna memberi maklum balas tentang perkhidmatan anda
    Dapatkan notifikasi tentang pengalaman-pengalaman pengguna yang menggunakan perkhidmatan anda. Ketahui apa yang golongan muda dapati berguna dan fahami antara cabaran-cabran yang dialami oleh golongan muda.

  • Sertai aktiviti online dan offline kami
    Sertai diskusi online melalui ciri TANYA dalam aplikasi web kami dan media sosial kami. Terdapat juga peluang untuk bekerjasama dengan B-Change untuk menganjurkan aktiviti di bandar anda untuk mengukuhkan lagi interaksi dan hubungan anda dengan golongan muda serta stakeholder atau pihak yang berkepentingan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup golongan muda.

  • Kongsi pengumuman tentang aktiviti, kempen atau promosi khas anda
    Kongsi maklumat untuk disebar bersama kami. Kita juga boleh bekerjasama untuk inisiatif bersama.

 

Bagaimanakah anda menerangkan organisasi anda?

  • Adakah organisasi anda mempunyai kempen?
  • Adakah anda terlibat dalam kajian?
  • Adakah anda memberikan perkhidmatan kepada komuniti?
  • Adakah anda sebuah organisasi komuniti (CBO) atau organisasi bukan kerajaan (NGO)?
  • Adakah anda mempunyai perniagaan atau enterprise?
  • Adakah anda sebahagan daripada agensi kerajaan?
  • Adakah perkhidmatan yang anda tawarkan melibatkan perkara-perkara berikut: advokasi, bantuan guaman, klinik atau sokongan kesihatan mental, pendidikan atau pelindungan sosial, perkhidmatan atau produk komersial?

Sekiranya anda menjawab ya kepada mana-mana di atas dan mahu meningkatkan kualiti pendekatan anda dengan golongan muda, BE dan PLUS boleh membantu anda.


 


Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?

Gunakan borang (di bawah) untuk:

  • Kemas kini/hantar maklumat untuk peta BE dan PLUS;
  • Buat temu jaji;
  • Hantar soalan;
  • Beritahu kami sekiranya anda berminat untuk mengolah isi kandungan baharu;
  • Kongsi berita atau maklumat tentang kerja anda; atau
  • Hubungi kami untuk apa-apa tujuan lain
 

Ikuti aplikasi web kami melalui media sosial:

Nama *
Nama
Apakah nama organisasi, kumpulan atau syarikat anda?
Sila pilih mana-mana pilihan yang sesuai dengan pertanyaan anda: